Sunday 2 November 2014

PENGENALAN

Kursus Asas Teknologi Memproses Cincau keras dan lembut dilaksanakan  bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industri memproses minuman halal  dan makanan berasaskan kacang cincau.


Teknik mengeluar cincau keras dan lembut merupakan satu teknik yang mudah walaupun dikeluarkan dalam skala rumahtangga maupun pada skala yang besar dengan tenaga kerja yang ramai.


Apa dia cincau ? Bagaimana cara membuat cincau dan minuman cincau ?




Perusahaan cincau dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja, masih kurang diceburi oleh usahawan muslim, sedangkan produk ini mempunyai pertmintaan yang tinggi oleh pengguna muslim terutama bulan Rammadhan kerana khasiatnya yang tinggi

Minuman olahan cincau juga dapat dibuat dengan teknik yang mudah dan sederhana sehingga mampu dibuat dari rumah sebagaimana video ini.



Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk cincau keras dan lembut yang boleh dihasilkan dari rumah, bengkel mahupun di kilang yang khusus berasaskan kepada modal yang dimiliki.

Selaras dengan peruntukan Akta Makanan 1985. peserta akan didedahkan dengan prosedur yang dipermudahkan bagi membolehkan mereka untuk terus memajukan perusahaan kearah mencapai mencapai status IKS.

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai maklumat bagi peluang-peluang serta kemudahan daripada Agensi Kerajaan kearah melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.

KHASIAT CINCAU HITAM

Cincau hitam sangat bernilai bagi penjagaan kesihatan  kita. Antara faedah khasiat istemewa cincau hitam adalah seperti berikut .: -

  1. Menjaga pencernaan agar dapat bekerja dengan baik.
  2. Mengatasi panas dalam
  3. Mengatasi sembelit
  4. Obat perut kembung
  5. Mengatasi diare
  6. Sebagai obat malaria
  7. Mengobati darah tinggi
  8. Obat batuk
  9. Melawan tumor dan kanker
  10. Resiko terkena diabetes dan penyakit kardiovaskuler (jantung atau stroke) lebih rendah.
  11. Baik dikonsumsi bagi orang yang tengah berdiet, seterusnya pergi kesumber rujukkan dengan klik sini.

PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu dan komersil . Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran. 


PESERTA

Terbuka kepada semua golongan.


TEMPOH KURSUS BERJADUAL

Jangkamasa kursus asas  ialah selama satu (1) hari.

TEMPOH KURSUS LUAR BERJADUAL/PERSEORANGAN



1. 
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif   diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami. 


2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam


3. Kelas di area Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.


4. Dapat membuat booking awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi. 


5. Yuran kelas individu  layari http://wmkfoodindustries.blogspot.my/

Hubungi 013-9389712 untuk menetapkan masa.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Makan minum, nota kursus dan bahan-bahan mentah disediakan sepanjang tempoh kursus.
KANDUNGAN KURSUS :
A) PENGENALAN
1. Memahami keperluan bagi minuman  mengikut Akta Makanan 1985.
2. Teknik membuat cincau.
3. Bahan-bahan asas bagi memproses cincau.
4. Mengenal kondisioner makanan yang dibenarkan.
5. Mengenal pengawet yang dibenarkan serta kadar yang benarkan oleh undang-undang.
7. Mengenal perisa dan fungsinya.
8. Mengenal pewarna yang dibenarkan.
9. Formulasi membuat minuman cincau
10. Mengenal alat-alat penyukat.
11. Cara memulakan perusahaan
12. Cara membuat produk tahan lama.
13. Teknik pembotolah dan pembungkusan. 
14. Mengenal pasti keperluan mesin bagi skala industri.
15. Mengenalpasti mesin alternatif bagi bajet terhad.
16. Teknik melakukan R&D bagi menghasilkan produk bermutu.
B) PRODUK-PRODUK YANG BOLEH DIHASILKAN
i. Cincau hitam keras
ii. Cincau hitam lembut
iii. Cincau berperisa
iv. Minuman cincau
C) TEKNIK PEMBUNGKUSAN / PEMBOTOLAN MINUMAN CINCAU

i. Botol kaca
ii. Botol plastik HDPE
iii. Botol plasti PET
iv. Tin aluminium



D) TEKNIK PENGAWETAN MINUMAN CINCAU
i) Bahan - bahan penstabil
ii) Teknik pesteurisasi
iii) Teknik sterilisasi- Retort
E) PELEBELAN 

i. Piawaian perlebelan
ii. Info yang diperlukan pada label
ii. Prosedure mendapatkan sijil pengesahan Ujian makmal bagi mendapatkan pengesahan makmal kandungan bahan dalam produk yang dihasilkan dan yuran.

F) BAR CODE
i) Keperluan Bar Code
ii) Pengenalan Bar Code GS1 Malaysia
iii) Pendaftaran dan yuran

G) TRADE MARK
i) Mendaftar jenaman produk minuman anda
ii) Tatacara pendaftaran
iii) Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Pendaftat
iv) Pendaftaran melalu ajen.

H) PENUTUP
i. Memproses cincau merupakan satu bidang keusahawanan yang berdaya maju kerana produk ini mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat.
ii. Industri ini boleh diceburi dengan mudah kerana boleh dimulakan dengan menggunakan teknologi asas yang mudah dan murah dirumah atau bengkel.
iii. Bila telah memulakan industri secara kecilan, anda berpeluang memohon bantuan dan geran yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan usaha anda ketahap IKS.


TARIKH :  klik sini

MASA   : Bermula jam 9.30 pagi.


YURAN PENYERTAAN

i. Individu Berjadual–   http://wmkfoodindustries.blogspot.my/


Yuran termasuk:-
- Kos Penyediaan Bahan Untuk Praktikal
- Kos Makan dan Minum Sepanjang Kursus
- Nota-nota Lengkap
- Sijil Penyertaan kursus

Tempat Kursus : 
WMK FOOD INDUSTRIES
Lot 14915 Taman Mengkuang IndahTingkat Bawah, 
Kg. Padang Mengkuang, Bukit Payung, 
21600 Marang Terengganu.

Hubungi : 
H/phone : 013-9389712 (call/sms/whatsapp)
Telefon : 09-6389500
Fax : 09-6389501
E-mail: wmkfood@gmail.com

WALAUBAGAIMANAPUN ANDA BOLEH MENGHADIRI KURSUS INI BILA-BILA MASA SESUAI DENGAN MASA ANDA SEPERTI SYARAT-SYARAT BERIKUT :
1. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secaraEksklusif diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami. 
2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam
3. Kelas di area Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.
4. Dapat membuat booking awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi. 

Hubungi 013-9389712 untuk menetapkan masa.Layari : http://wmkfoodindustries.blogspot.com 


KURSUS SECARA JARAK JAUH (VIP)

Anda boleh mengikuti kursus secara jarak jauh.

Peserta perlu mengadakan periuk bersaiz 5 liter keatas, dapur untuk memasak, penapis kain, mesin blender dan senduk mengikut keperluan kursus yang disertai.

Peserta dimestikan memiliki asas memasak.

Peserta perlu menyediakan beberapa bahan asas seperti gula, buah, herba dan air bertapis yang akan diberi arahan dalam nota kursus yang akan dihantar.

Peserta akan dibekalkan melalui pos bahan-bahan yang diperlukan untuk memproses seperti kondisioner makanan, pewarna, pengawal asid, pengawet, botol dan sebagainya.

Praktikal dan soal jawab melalui telefon, sms dan whattap.

Peserta akan diberi bimbingan selepas kursus dengan terma yang dipersetujui.

Yuran kursus  perlu dijelaskan sebelum kursus bermula.

Sijil akan dikeluarkan kepada peserta yang berjaya.
H/phone : 013-9389712 (call/sms/whatsapp)
Telefon : 09-6389500
Fax : 09-6389501